Wednesday, June 6, 2012

Cenderamata : Kotak Cenderamata


Kotak putih comel dengan reben mengikut tema majlis perkahwinan anda..Anda boleh isikan dengan gula-gula, kuih-kuih kering, coklat, telur atau apa jua yang ingin anda berikan kepada tetamu anda.

Atau anda tentukan warna kotak yang anda inginkan berserta reben atau tanpa reben........

Sunday, May 20, 2012

Majlis 20 Mei 2012

Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin, Nor Masitah dan Shafiq Izlan . Semoga kekal hingga ke syurga Allah. Tema majlis pada hari ini ialah pink dan putih. Warna kegemaran saya juga :)



Gambar kurang berkualiti kerana tangkap guna handphone sahaja. (Jangan marah Puan Hasimah). Majlis diadakan didewan, namun masih menggunakan tambahan kanopi di luar dewan bagi keselesaan tetamu yang hadir.






Jika ada sebarang ketidakpuasan hati, kami memohon maaf dan semoga dimasa akan datang kami akan cuba memperbaiki lagi.

"Tetamu anda, Keutamaan Kami "

Tuesday, May 8, 2012

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan katering, kanopi, cenderamata perkahwinan, gubahan hantaran, tempahan banting banner anda bolehlah hubungi :



Puan Suryati ( Katering) - 017-5286684
En Rahmad (Kanopi ) - 013-4129312

Atau perkara yang lain

Email/Hubungi
aminah.mdsaad@gmail.com
HP : 017-5931120


Wednesday, April 25, 2012

Selamat Pengantin Baru

Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat saya, Asmida dan pasangannya Amir. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Walaupun tidak dapat hadir ke majlis tersebut, namun saya tetap mendoakan daripada jauh.

*diambil dari facebook 

Tempahan kanopi bulan Mei
20 Mei 2012 - Dewan Felda Trolak Utara
26 Mei 2012 - No.216, Felda Trolak Utara

Tempahan kotak cenderamata perkahwinan ke Bayan Lepas, Pulau Pinang telah dihantar pada hari ini. Selamat Penganti Baru kepada Masrina, Semoga Bahagia hingga ke Syurga Allah.

Berjalan-jalan bersama Zubaidah
Bersembang hingga tergelak lucu
Semoga majlis berlangsung indah
Hidup bahagia ke anak cucu

Saturday, April 21, 2012

Cenderamata Perkahwinan : Tempahan 28 April 2012

Menyiapkan tempahan cenderamata perkahwinan untuk majlis perkahwinan 28 April 2012.

Simpul Kasih + Peneram + Mini Karipap


*sebelum digoreng :)